Friday, 12 April 2013

Maksud Pemulihan

Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Beliau juga menegaskan pengajaran pemulihan ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Menurut Collins lagi ; Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling and number.

Albewhite (1977), yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan – gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa: By remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.

Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1983 ), berpendapat pemulihan ialah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Menurut Ishak

Harun & Koh Boh Boon (1983), Pemulihan ialah Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa. Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai“the ambulance of educational system”. Dengan sebab itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.

Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pemelajaran. Menurut beliau: Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs which are the result of learning disabilities, that is, learning failure which cannot be explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.

 Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat.

Selain itu,Koh (1979), dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal.

Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah. Tansley (1967), berpendapat pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

Chua (1977) dalam laporannya menyatakan pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment