o
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktivit pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi maslaah pembelajaran.
o
Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk
membantu menguasai kemahiran-kemahiran asas.
o
Guru hendaklah menggunakan kaedah pendidikan pemulihan, bahan
pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
o
Akitiviti pemulihan dijalankan dalam kelas biasa selepas
kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dapat dikesan melalui aktiviti
penilaian.
OBJEKTIF
PENDIDIKAN PEMULIHAN
o
Supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran tertentu
o
Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan
kognitif mereka
o
Mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka.
o
Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelaajran ke
peringkat yang memuaskan.
o
Memberi peluang yang sama dengan melibatkan murid murid itu
dalam aktiiviti2 sosial baik dalam bilik darjah mahu pun diluar kelas.
o
Memperolehi serta mengamalkan sikap postitif seperti keyakinan
diiri dan berdikiri apabila mereka berada dalam kumpulanatau masyarakat.
o
Dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa,
seterusnya mengurangkan masalah keciciran.
FAKTOR-FAKTOR
MASALAH PEMBELAJARAN
Secara
umumnya, murid-muird yang sentiasa menghadapai masalah pembelajaran adalah
terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Keadaan ini
berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut:
o
Faktor-faktor pembelajaran
o
Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak.
o
Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai dengan
murid.
o
Bahan pelajaran yang diseduiakan kurang menarik minat
murid-murid.
o
Faktor peribadi
o
Kemiskinan dan masalah sosial- setengah murid yang miskin
terpaksa membuat kerja-kerja sambilan sehingga tidak mempunyai masa untuk
belajar.
o
Tidak mendapat galakan dari ibu bapa.
o
Pergaulan dengan rakan-rakan sebaya yang menghadapi masalah yang
serupa.
o
Faktor kurang kecerdasan
Faktor
kecerdasan berkait rapat dengan masalah mental. Murid –murid ini terdiri
daripada murid-murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu,
lemah pengamatan dan sebagainya.
Masalah
mental wujud adalah disebabkan;
o
Warisan keturunan ibu bapa.
o
Kelahiran secara tidak normal speerti kelahiran tidak cukup
bulan.
o
Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan.
o
Kekurangan makanan yang berzat.
Faktor
mental dalam masalah pembelajaran dapat diperlihatkan melalui tanda-tanda berikut;<br
/>
o
Tidak boleh membunyikan perkataan dengan tepat.
o
Tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk membina ayat
dengan tepat.
o
Cepat lupa apa yang di ajarkan oleh guru.
o
Kadar bacaan lambat atau langsung tidak boleh membaca.
o
Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu
singkat.
o
Tidak boleh menginat turutan, misalnya tidak boleh menghafal
sifir darab.
o
Tidak boleh mengikuti pengajaran guru dalam kelas biasa.
o
Kebolehan memahami konsep dan menguasai kemahiran adalah lemah
dan terhad.
o
Malas, kurang minat serta mempunyai semangat untuk membaca.
o
Pendidikan pemulihan hanya boleh diberikan bagi yang mengalami
masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat bantuan guru khas adalah
diperlukan.
o
Faktor fizikal
o
Kekurangan makanan yang berzat- cepat letih menyebabkan tidak
berupaya memberikan tumpuan terhadap pembelajarannya.
o
Kekurangan disebabkan membuat kerja-kerja sambilan.
o
Murid-murid yang kurang sihat mudah diserang berbagai penyakit
sering cuti menyebabkan pelajaran terganggu.
o
Masalah kecacatan- pekak, bisu, buta dan sebagainya.
o
Faktor psikologi
Faktor
psikologi berkait rapat dengan masalah emosi seperti perasaan takut, benci,
diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.
PERANAN
GURU-GURU BIASA DALAM PERLAKSANAAN PEMULIHAN
o
Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi
pemulihan.
o
Mengurus aktiviti pengajaran pemulihan.
o
Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
o
Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan.
o
Menjalankan aktiviti penialian untuk sesi pemulihan
o
Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
LANGKAH-LANGKAH
KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN KELAS BIASA
o
CARA MENGESAN MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN MURID
o
Memerhati murid belajar.
o
Temuramah / interaksi dengan murid.
o
Menganalisa hasil kerja murid.
o
Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan lambat,
kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.
MENGANALIS MASALAH PEMBELAJARAN MURID.
o
Mengadakan ujian diagnostic secara bertulis dalam bentuk
objektif atau subjektif.
o
Masalah kecacatan fizikal dan mental.
MEMBUAT RANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN
Rancangan
hendaklah dibuat berdasarkan prinsip-prinsip berikut;
o
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada kelemahan
murid.
o
Langkah penyampain hendaklah daripada yang kongkrit kepada
abstrak.
o
Menggunakan alat bantu mengajar untuk membantu murid memahami
konsep.
o
Simbol atau istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid
supaya murid dapat mengenal pasti kesilapan yang dilakukannya.
o
Latihan bertulis harus diadakan selepas sesi pengajaran.
o
Mengadakan penilaian selepas latihan bertulis untuk menentukan
sama ada objektif pengajaran pemulihan tercapai atau tidak.
MENGADAKAN PENGAJARAN PEMULIHAN
Program
pemulihan dijalankan dlaam kelas biasa. Murid-murid lain membuat latihan atau
menjalankan aktiviti pengayaan. Masa pengajaran 10-15 minit. Langkah-langkah pengajaran
seperti berikut;
o
TINDAKAN SUSULAN
Sekiranya
murid-murid bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka
dibolehkan mengikuti pelajaran baru bersama murid-murid yang lain, jika
sebaliknya guru menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan
program pemulihan yang dijalankan.
PENGELOLAAN
PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS
BIASA.
Pengelolaan
pengajaran pemulihan dalam kelas biasa meliputi;
o
Menentukan objektif pengajaran
Objektif
pengajaran pemulihan haruslah ditentukan. Objektif biasanya berdasarkan kepada
punca masalah yang murid hadapi.
o
Merancang langkah-langkah dan strategi
Perancangan
langkah-langkah mengajar haruslah berdasarkan kepada objektif pengajaran yang
ditentukan. Langkah-langkah disusun daripada yang kiongkrit kepada yang abstrak
serta menggunakan pelbagai aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai.<br
/>
o
Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan
Penghajaran
hendaklah berdasarkan kepada perancangan yang dibuat. Semasa aktivit pengajaran
dijalankan, murid-murid lain akan menjalani aktiviti pengayaan. Kadang-kadang
murid yang cerdas dan berkebolehan menolong murid-murid yang bermasalah membuat
aktiviti pengukuhan.
o
Membuat penilaian
Penialain
boleh dijalankan dengan tiga cara;
o
Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid.
o
Soal jawab selepas aktivit pengajaran guru.
o
Pemeriksaan hasil kerja murid.
Semua
hasil penilaian harus direkod secara individu dalam satu borang rujukan
No comments:
Post a Comment