Friday, 12 April 2013

LAGU KANAK-KANAK - SAYA ADA KUDA

Sila muat turun bahan berikut http://www.youtube.com/watch?v=SZZsUV1FHg4

Contoh Pengajaran Pemulihan

Sila muat turun bahan berikut http://www.youtube.com/watch?v=FfqjCATo0yM

Sajak Dengarlah Wahai Guru

Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/132600329/Dengar-Lah-Wahai-Guruku

Pelan Strategik Akademik Bahasa Melayu 2013

Sila muat turun bahan berikut http://www.scribd.com/doc/132601315/Pelan-Strategik-Dan-Pelan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu-2013

KONSEP PEMULIHAN

Konsep pemulihan
o    Pendidikan pemulihan ialah suatu aktivit pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi maslaah pembelajaran.
o    Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu menguasai kemahiran-kemahiran asas.
o    Guru hendaklah menggunakan kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
o    Akitiviti pemulihan dijalankan dalam kelas biasa selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dapat dikesan melalui aktiviti penilaian.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN

o    Supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran tertentu
o    Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka
o    Mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka.
o    Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelaajran ke peringkat yang memuaskan.
o    Memberi peluang yang sama dengan melibatkan murid murid itu dalam aktiiviti2 sosial baik dalam bilik darjah mahu pun diluar kelas.
o    Memperolehi serta mengamalkan sikap postitif seperti keyakinan diiri dan berdikiri apabila mereka berada dalam kumpulanatau masyarakat.
o    Dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa, seterusnya mengurangkan masalah keciciran.
FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN
Secara umumnya, murid-muird yang sentiasa menghadapai masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut:
o    Faktor-faktor pembelajaran
o    Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.
o    Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai dengan murid.
o    Bahan pelajaran yang diseduiakan kurang menarik minat murid-murid.
o    Faktor peribadi
o    Kemiskinan dan masalah sosial- setengah murid yang miskin terpaksa membuat kerja-kerja sambilan sehingga tidak mempunyai masa untuk belajar.
o    Tidak mendapat galakan dari ibu bapa.
o    Pergaulan dengan rakan-rakan sebaya yang menghadapi masalah yang serupa.
o    Faktor kurang kecerdasan
Faktor kecerdasan berkait rapat dengan masalah mental. Murid –murid ini terdiri daripada murid-murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya.
Masalah mental wujud adalah disebabkan;
o    Warisan keturunan ibu bapa.
o    Kelahiran secara tidak normal speerti kelahiran tidak cukup bulan.
o    Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan.
o    Kekurangan makanan yang berzat.
Faktor mental dalam masalah pembelajaran dapat diperlihatkan melalui tanda-tanda berikut;<br />
o    Tidak boleh membunyikan perkataan dengan tepat.
o    Tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk membina ayat dengan tepat.
o    Cepat lupa apa yang di ajarkan oleh guru.
o    Kadar bacaan lambat atau langsung tidak boleh membaca.
o    Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat.
o    Tidak boleh menginat turutan, misalnya tidak boleh menghafal sifir darab.
o    Tidak boleh mengikuti pengajaran guru dalam kelas biasa.
o    Kebolehan memahami konsep dan menguasai kemahiran adalah lemah dan terhad.
o    Malas, kurang minat serta mempunyai semangat untuk membaca.
o    Pendidikan pemulihan hanya boleh diberikan bagi yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat bantuan guru khas adalah diperlukan.
o    Faktor fizikal
o    Kekurangan makanan yang berzat- cepat letih menyebabkan tidak berupaya memberikan tumpuan terhadap pembelajarannya.
o    Kekurangan disebabkan membuat kerja-kerja sambilan.
o    Murid-murid yang kurang sihat mudah diserang berbagai penyakit sering cuti menyebabkan pelajaran terganggu.
o    Masalah kecacatan- pekak, bisu, buta dan sebagainya.
o    Faktor psikologi
Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi seperti perasaan takut, benci, diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.

PERANAN GURU-GURU BIASA DALAM PERLAKSANAAN PEMULIHAN

o    Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan.
o    Mengurus aktiviti pengajaran pemulihan.
o    Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
o    Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan.
o    Menjalankan aktiviti penialian untuk sesi pemulihan
o    Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN KELAS BIASA
o    CARA MENGESAN MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN MURID

o    Memerhati murid belajar.
o    Temuramah / interaksi dengan murid.
o    Menganalisa hasil kerja murid.
o    Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan lambat, kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.

MENGANALIS MASALAH PEMBELAJARAN MURID.

o    Mengadakan ujian diagnostic secara bertulis dalam bentuk objektif atau subjektif.
o    Masalah kecacatan fizikal dan mental.

  MEMBUAT RANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN

Rancangan hendaklah dibuat berdasarkan prinsip-prinsip berikut;
o    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada kelemahan murid.
o    Langkah penyampain hendaklah daripada yang kongkrit kepada abstrak.
o    Menggunakan alat bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep.
o    Simbol atau istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid supaya murid dapat mengenal pasti kesilapan yang dilakukannya.
o    Latihan bertulis harus diadakan selepas sesi pengajaran.
o    Mengadakan penilaian selepas latihan bertulis untuk menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan tercapai atau tidak.

  MENGADAKAN PENGAJARAN PEMULIHAN

Program pemulihan dijalankan dlaam kelas biasa. Murid-murid lain membuat latihan atau menjalankan aktiviti pengayaan. Masa pengajaran 10-15 minit. Langkah-langkah pengajaran seperti berikut;

o    TINDAKAN SUSULAN
Sekiranya murid-murid bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka dibolehkan mengikuti pelajaran baru bersama murid-murid yang lain, jika sebaliknya guru menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.

PENGELOLAAN PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS
BIASA.
Pengelolaan pengajaran pemulihan dalam kelas biasa meliputi;
o    Menentukan objektif pengajaran
Objektif pengajaran pemulihan haruslah ditentukan. Objektif biasanya berdasarkan kepada punca masalah yang murid hadapi.
o    Merancang langkah-langkah dan strategi
Perancangan langkah-langkah mengajar haruslah berdasarkan kepada objektif pengajaran yang ditentukan. Langkah-langkah disusun daripada yang kiongkrit kepada yang abstrak serta menggunakan pelbagai aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai.<br />
o    Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan
Penghajaran hendaklah berdasarkan kepada perancangan yang dibuat. Semasa aktivit pengajaran dijalankan, murid-murid lain akan menjalani aktiviti pengayaan. Kadang-kadang murid yang cerdas dan berkebolehan menolong murid-murid yang bermasalah membuat aktiviti pengukuhan.
o    Membuat penilaian
Penialain boleh dijalankan dengan tiga cara;
o    Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid.
o    Soal jawab selepas aktivit pengajaran guru.
o    Pemeriksaan hasil kerja murid.
Semua hasil penilaian harus direkod secara individu dalam satu borang rujukan

Maksud Pemulihan

Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Beliau juga menegaskan pengajaran pemulihan ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Menurut Collins lagi ; Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling and number.

Albewhite (1977), yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan – gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa: By remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.

Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1983 ), berpendapat pemulihan ialah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Menurut Ishak

Harun & Koh Boh Boon (1983), Pemulihan ialah Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa. Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai“the ambulance of educational system”. Dengan sebab itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.

Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pemelajaran. Menurut beliau: Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs which are the result of learning disabilities, that is, learning failure which cannot be explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.

 Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat.

Selain itu,Koh (1979), dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal.

Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah. Tansley (1967), berpendapat pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

Chua (1977) dalam laporannya menyatakan pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.